Project overview

Matlamat keseluruhan projek ini adalah untuk mengelakkan penebangan hutan, serta melindungi hidupan liar dan tumbuhan dan melibatkan komuniti yang tinggal disekeliling hutan tersebut.

Projek Pemuliharaan Hutan Hujan Kuamut melindungi 83,381 hektar ekosistem hutan hujan tropika dalam daerah Tongod dan Kinabatangan di Sabah. Projek ini melibatkan dua kluster komuniti yang dinamakan kluster Karamuak dan Kluster Kuamut.

  • Menghasilkan pengurangan pelepasan Gas Kaca hijau (GHG) yang boleh dipercayai, melalui penyahhutan dan degradasi hutan yang boleh dielakkan.
  • Meningkatkan nilai ekologi pada skala landskap.
  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk melaksanakan amalan sains, penyelidikan dan pengurusan yang terkini.

  • Menyingkirkan pemacu penyahutanan dan kemerosotan hutan.
  • Menstabilkan dan mengekalkan populasi spesies fauna dan flora dalam zon projek.
  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk melaksanakan amalan sains, penyelidikan dan pengurusan yang terkini.

  • Meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan kemiskinan bagi masyarakat tempatan dalam zon projek dengan mewujudkan pilihan menjana pendapatan yang mampan dan peluang ekonomi.
  • Mengekalkan dan meningkatkan perkhidmatan ekosistem untuk kesejahteraan masyarakat melalui pemulihan ekosistem.
  • Meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan dan pendidikan untuk masyarakat tempatan.

UPDATES:

Selamat datang ke halaman komuniti!

Tonton ruang ini untuk kemas kini daripada aktiviti projek dan maklumat penting

Project Socials:

PROJECT PARTNERS

Dalam edisi pertama ini, kami ingin memperkenalkan rakan kongsi utama projek ini: Permian Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah, Rakyat Berjaya Sdn. Bhd., Yayasan Sabah, dengan sokongan operasi daripada South East Asia Rainforest Research Partnership (SEARRP) dan juga PACOS Trust, yang anda semua kenal.

Project Technical Document Summaries 

PROJECT FAQ’s

Projek ini terletak di daerah Tongod dan Kinabatangan, negeri Sabah, Malaysia yang terletak di pulau Borneo. Lokasi projek adalah lebih kurang 25 km jaraknya daripada kedua-dua kluster komuniti

Tanpa adanya projek perlindungan ini, hutan di kawasan tersebut akan ditebang dan semua karbon yang tersimpan dalam pokok-pokok dan tanah akan dilepaskan ke atmosfera lantas menyumbang kepada perubahan iklim. Dengan kehilangan hutan, kepelbagaian biologi akan berkurangan dan konflik antara manusia dengan hidupan liar akan meningkat.

Dengan mengekalkan hutan, projek ini membolehkan karbon terus tersimpan dalam pokok-pokok dan tanah.

Projek ini mempunyai tempoh perlaksanaan awalan selama 30 tahun iaitu dari 2015 – 2045.

Pokok-pokok akan menyerap karbon dioksida (CO2) daripada atmosfera melalui proses fotosintesis, dan menyimpannya di dalam batang, dahan, daun dan sistem akar, dalam proses membesar. Satu karbon kredit bersamaan dengan satu tan metrik karbon dioksida (CO2e) iaitu pelepasan karbon yang dapat dielakkan atau disimpan. Karbon kredit ini akan dibeli oleh pihak yang melepaskan gas rumah hijau untuk membantu mengimbangi pelepasan yang telah berlaku di tempat lain.

Projek Pemuliharaan Hutan Hujan Kuamut (KRCP) bertujuan untuk memelihara dan memulihara 83,381 hektar kawasan hutan hutan tropika. Dengan mengekalkan kawasan hutan, projek ini dapat mengelakkan pelepasan lebih daripada 800,000tCO2e ke atmosfera dalam setahun. Ini bermaksud lebih daripada 800,000 karbon kredit dapat dijana dan dijual dalam pasaran karbon sukarela.

asaran Karbon Sukarela merupakan satu sistem perdagangan sukarela di mana karbon kredit boleh dijual beli. Syarikat atau individu boleh menggunakan pasaran karbon untuk mengimbangi pelepasan gas rumah hijau mereka dengan membeli karbon kredit daripada pihak yang menyingkirkan atau mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Satu unit karbon kredit yang boleh dijual beli bersamaan dengan satu tan karbon dioksida, atau jumlah gas rumah hijau setara lain yang berjaya dikurangkan, disekuester, atau dielakkan. Apabila satu kredit digunakan untuk mengurangkan, mensekuester atau mengelakkan pelepasan gas rumah hijau, ia akan menjadi satu unit karbon yang telah diimbangi dan tidak boleh dijual beli lagi.

Salah satu matlamat utama projek ini adalah kebolehan untuk meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan kemiskinan bagi masyarakat tempatan di zon projek. Projek ini bertujuan untuk menyediakan peluang pekerjaan dan aktiviti menjana pendapatan yang lain kepada masyarakat disekitar Kawasan projek.

Projek ini telahpun memberikan satu bot ambulans kepada komuniti di kluster Kuamut yang terpencil dan membina sistem penjanaan air bersih untuk 2 kampung. Projek ini juga sedang dalam perancangan untuk memperluaskan manfaat sistem air bersih ini kepada kampung-kampung seterusnya.

Pasukan kepelbagaian biologi ditugaskan untuk mengenalpasti, memantau dan merekodkan spesies yang hidup di kawasan hutan Kuamut, supaya kita dapat melindungi spesies ini. Dengan melindungi kepelbagaian biologi ini, tahap kesihatan hutan dan persekitaran dapat ditingkatkan.

Kami telah memasang perangkap kamera untuk memantau spesies yang terdapat di dalam hutan Kumut.

Kami menghargai semua idea daripada komuniti projek Kuamut ini. Tuan/ Puan dialu-alukan menghantar sebarang cadangan atau aduan kepada talian Aduan – +60 11-7112 3701:

Kami turut meletakkan peti cadangan di setiap kluster komuniti di mana anda boleh memasukkan nota tanpa perlu memberikan nama anda.

Buletin pertama diterbitkan: Sept 2024

klik untuk muat turun

Q2 NEWSLETTER

klik untuk muat turun
PROJECT VIDEOS
PROJECT GALLERY
CONTACT DETAILS